NADI Kampung Tuie

Program DILEA – Open Tuition Sejarah Tingkatan 4 telah dilaksanakan pada 23 Februari 2026 jam 2.30 petang secara online, dengan pusat pelaksanaan bertempat di NADI Kampung Tuie.

Program ini bertujuan membantu pelajar Tingkatan 4 meningkatkan kefahaman dalam subjek Sejarah melalui sesi tuisyen yang lebih fokus dan interaktif. Sepanjang sesi, pelajar diberi penerangan mengenai topik-topik penting dalam silibus, disertai dengan latihan pengukuhan serta perbincangan bagi membantu pelajar memahami fakta sejarah dengan lebih jelas.

Pelaksanaan program ini diharap dapat meningkatkan keyakinan dan pencapaian pelajar dalam subjek Sejarah, sejajar dengan usaha program DILEA dalam menyokong kecemerlangan akademik dan pembelajaran berterusan dalam kalangan pelajar di NADI Kampung Tuie.

Untuk maklumat lanjut atau pendaftaran, hubungi kami di: https://wa.me/601162921678
Sebarang maklumat terkini program di NADI boleh rujuk kepada Media sosial NADI dan Portal NADI kami :
Facebook : https://www.facebook.com/nadikampungtuie
Titktok : https://www.tiktok.com/@nadi.tuie
Instagram : https://www.instagram.com/nadituie/
Portal : https://kgtuie.nadi.my/