Program DILEA – Open Tuition Sains Tingkatan 4 telah dilaksanakan pada Khamis, 12 Februari 2026 jam 3.30 petang secara online, dengan pusat pelaksanaan bertempat di NADI Kampung Tuie.
Program ini bertujuan membantu pelajar Tingkatan 4 memperkukuh kefahaman dalam subjek Sains selaras dengan keperluan silibus semasa. Sepanjang sesi tuisyen, pelajar didedahkan kepada penerangan topik-topik penting, teknik menjawab soalan, serta latihan pengukuhan bagi meningkatkan pemahaman konsep dan persediaan menghadapi peperiksaan.
Pelaksanaan program ini diharap dapat meningkatkan keyakinan dan prestasi akademik pelajar dalam subjek Sains, sejajar dengan usaha menyokong kecemerlangan pendidikan melalui program DILEA di NADI Kampung Tuie.


Untuk maklumat lanjut atau pendaftaran, hubungi kami di: https://wa.me/601162921678
Sebarang maklumat terkini program di NADI boleh rujuk kepada Media sosial NADI dan Portal NADI kami :
Facebook : https://www.facebook.com/nadikampungtuie
Titktok : https://www.tiktok.com/@nadi.tuie
Instagram : https://www.instagram.com/nadituie/
Portal : https://kgtuie.nadi.my/