Program DILEA Open Tuition – Bahasa Melayu Tingkatan 4 telah dilaksanakan pada Khamis, 5 Februari 2026 jam 3.30 petang secara online, dengan pusat pelaksanaan bertempat di NADI Kampung Tuie.
Program ini bertujuan membantu pelajar Tingkatan 4 memperkukuh kefahaman dalam subjek Bahasa Melayu selaras dengan keperluan pembelajaran dan silibus semasa. Sepanjang sesi tuisyen, pelajar didedahkan kepada teknik pembelajaran yang berkesan, perbincangan topik-topik penting, serta latihan pengukuhan bagi meningkatkan penguasaan pelajar.
Pelaksanaan program ini diharap dapat meningkatkan kefahaman, keyakinan, dan prestasi pelajar dalam subjek Bahasa Melayu, sejajar dengan usaha menyokong kecemerlangan akademik dalam kalangan pelajar melalui program DILEA.




Untuk maklumat lanjut atau pendaftaran, hubungi kami di: https://wa.me/601162921678
Sebarang maklumat terkini program di NADI boleh rujuk kepada Media sosial NADI dan Portal NADI kami :
Facebook : https://www.facebook.com/nadikampungtuie
Titktok : https://www.tiktok.com/@nadi.tuie
Instagram : https://www.instagram.com/nadituie/
Portal : https://kgtuie.nadi.my/