NADI Kampung Tuie

Program Cybersecurity – Webinar Ancaman Siber dalam Dunia Digital telah dilaksanakan pada Khamis, 15 Januari 2026 dari jam 3.00 petang hingga 4.00 petang, secara online, dengan pusat pelaksanaan bertempat di NADI Kampung Tuie.

Webinar ini bertujuan meningkatkan kesedaran peserta mengenai ancaman keselamatan siber yang semakin berkembang dalam dunia digital masa kini. Antara topik yang disentuh merangkumi jenis-jenis ancaman siber, teknik penipuan dalam talian (scam), keselamatan maklumat peribadi, serta amalan perlindungan digital yang wajar diamalkan ketika melayari internet atau menggunakan peranti.

Penganjuran webinar ini diharap dapat membentuk pengguna digital yang lebih peka, berwaspada dan bertanggungjawab, sekali gus menyokong usaha meningkatkan literasi keselamatan siber dalam komuniti setempat.

Untuk maklumat lanjut atau pendaftaran, hubungi kami di: https://wa.me/601162921678
Sebarang maklumat terkini program di NADI boleh rujuk kepada Media sosial NADI dan Portal NADI kami :
Facebook : https://www.facebook.com/nadikampungtuie
Titktok : https://www.tiktok.com/@nadi.tuie
Instagram : https://www.instagram.com/nadituie/
Portal : https://kgtuie.nadi.my/