NADI Kampung Tuie

“PERMULAAN DI UNIVERSITI, MASA DEPAN DI SIBER SEKURITI”
6 NOVEMBER 2025 (KHAMIS)**

Sebuah webinar bertemakan “Permulaan di Universiti, Masa Depan di Siber Sekuriti” secara dalam talian pada 6 November 2025 (Khamis) di NADI Kampung Tuie. Program ini memberi pendedahan awal kepada peserta mengenai laluan pendidikan, peluang kerjaya, serta kepentingan keselamatan siber dalam dunia digital masa kini.

Walaupun sesi ini disertai oleh seorang peserta, penyampaian tetap berlangsung dengan interaktif dan berfokus, membolehkan peserta bertanya soalan dengan lebih mendalam serta menerima bimbingan secara langsung. Webinar ini turut menekankan kemahiran asas yang diperlukan untuk menceburi bidang keselamatan siber, termasuk kesedaran ancaman digital, peranan pakar siber, dan kepentingan penglibatan awal di peringkat universiti.

Program ini membuktikan komitmen NADI Kampung Tuie dalam memperkasakan komuniti dengan ilmu teknologi terkini, sejajar dengan perkembangan kerjaya masa depan yang semakin dipacu oleh keselamatan siber.