NADI Kampung Tuie

Program NADI X Cybersecurity bertajuk Bagaimana Akaun Bank Anda Dicuri Tanpa Sedar telah dilaksanakan pada 7 Mei 2026 jam 3.00 p.m – 4.30 p.m secara dalam talian dengan pusat pelaksanaan bertempat di NADI Kampung Tuie.

Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran peserta mengenai ancaman jenayah siber yang melibatkan kecurian maklumat dan akaun perbankan dalam talian. Antara pengisian yang dikongsikan termasuk teknik penipuan scam, pautan palsu (phishing), panggilan penipuan, aplikasi berbahaya serta taktik yang digunakan oleh penjenayah siber untuk mendapatkan maklumat perbankan pengguna.

Peserta turut didedahkan kepada langkah-langkah keselamatan seperti tidak berkongsi kod TAC, penggunaan kata laluan yang kuat, pengesahan dua faktor, serta kepentingan menyemak transaksi bank secara berkala. Selain itu, program ini juga memberi kesedaran mengenai tindakan segera yang perlu diambil sekiranya menjadi mangsa penipuan siber.

Penganjuran program ini diharap dapat membantu peserta menjadi pengguna digital yang lebih peka dan berwaspada, seterusnya melindungi maklumat kewangan serta keselamatan akaun perbankan daripada ancaman siber.

Untuk maklumat lanjut atau pendaftaran, hubungi kami di: https://wa.me/601162921678
Sebarang maklumat terkini program di NADI boleh rujuk kepada Media sosial NADI dan Portal NADI kami :
Facebook : https://www.facebook.com/nadikampungtuie
Titktok : https://www.tiktok.com/@nadi.tuie
Instagram : https://www.instagram.com/nadituie/
Portal : https://kgtuie.nadi.my/