Program Cybersecurity – Live Webinar Cara Mengenalpasti Fail Berbentuk Virus telah dilaksanakan pada Khamis, 12 Februari 2026 jam 3.00 petang secara online, dengan pusat pelaksanaan bertempat di NADI Kampung Tuie.
Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran dan pengetahuan peserta mengenai keselamatan siber, khususnya dalam mengenalpasti fail yang berpotensi mengandungi virus atau perisian berbahaya. Sepanjang sesi webinar, peserta didedahkan kepada ciri-ciri fail mencurigakan, kepentingan berhati-hati ketika memuat turun atau membuka lampiran, serta langkah asas melindungi peranti daripada ancaman siber.
Pelaksanaan program ini diharap dapat membantu peserta menjadi pengguna digital yang lebih berwaspada dan bertanggungjawab, sejajar dengan usaha NADI Kampung Tuie dalam memperkukuh literasi dan keselamatan digital dalam komuniti.


Untuk maklumat lanjut atau pendaftaran, hubungi kami di: https://wa.me/601162921678
Sebarang maklumat terkini program di NADI boleh rujuk kepada Media sosial NADI dan Portal NADI kami :
Facebook : https://www.facebook.com/nadikampungtuie
Titktok : https://www.tiktok.com/@nadi.tuie
Instagram : https://www.instagram.com/nadituie/
Portal : https://kgtuie.nadi.my/