NADI Kampung Tuie

Program Cybersecurity – Cyber Hygiene: Bulan Kesedaran Phishing dan Scam telah dilaksanakan pada 25 Februari 2026 jam 2.30 petang secara online, dengan pusat pelaksanaan bertempat di NADI Kampung Tuie.

Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran peserta mengenai ancaman keselamatan siber yang semakin berleluasa, khususnya berkaitan phishing dan scam dalam talian. Sepanjang sesi, peserta didedahkan kepada maksud phishing dan scam, cara mengenalpasti mesej atau pautan mencurigakan, serta langkah-langkah asas untuk melindungi maklumat peribadi daripada disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Pelaksanaan program ini diharap dapat membantu peserta mengamalkan amalan cyber hygiene yang baik serta menjadi pengguna internet yang lebih peka dan berwaspada terhadap ancaman siber, sejajar dengan usaha NADI Kampung Tuie dalam memperkukuh literasi dan keselamatan digital dalam komuniti.

Untuk maklumat lanjut atau pendaftaran, hubungi kami di: https://wa.me/601162921678
Sebarang maklumat terkini program di NADI boleh rujuk kepada Media sosial NADI dan Portal NADI kami :
Facebook : https://www.facebook.com/nadikampungtuie
Titktok : https://www.tiktok.com/@nadi.tuie
Instagram : https://www.instagram.com/nadituie/
Portal : https://kgtuie.nadi.my/