Program Cybersecurity bertajuk Ancaman Siber di Tempat Awam telah dilaksanakan pada 21 Mei 2026 jam 3.00 p.m – 4.30 p.m dengan pusat pelaksanaan bertempat di NADI Kampung Tuie.
Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran peserta mengenai risiko keselamatan siber yang boleh berlaku ketika menggunakan kemudahan digital di tempat awam. Peserta didedahkan kepada pelbagai ancaman seperti penggunaan rangkaian Wi-Fi awam yang tidak selamat, pencurian maklumat peribadi, serangan phishing serta risiko pencerobohan data melalui peranti digital. Antara pengisian yang dikongsikan termasuklah langkah keselamatan seperti mengelakkan perkongsian maklumat sensitif, memastikan penggunaan kata laluan yang kuat, mengaktifkan pengesahan dua faktor (2FA) serta berhati-hati ketika mengakses akaun peribadi menggunakan rangkaian awam.
Penganjuran program ini diharap dapat membantu peserta menjadi pengguna digital yang lebih peka, berwaspada dan mengamalkan penggunaan internet secara selamat dalam kehidupan seharian.


Untuk maklumat lanjut atau pendaftaran, hubungi kami di: https://wa.me/601162921678
Sebarang maklumat terkini program di NADI boleh rujuk kepada Media sosial NADI dan Portal NADI kami :
Facebook : https://www.facebook.com/nadikampungtuie
Titktok : https://www.tiktok.com/@nadi.tuie
Instagram : https://www.instagram.com/nadituie/
Portal : https://kgtuie.nadi.my/