Program Bazaar & Belajar @ NADI telah berlangsung selama tiga hari di NADI Kampung Tuie (21 hingga 23 Mac 2025), menampilkan pelbagai aktiviti menarik yang menggabungkan elemen pembelajaran dan keusahawanan. Program ini bertujuan memberi peluang kepada komuniti untuk menimba ilmu melalui sesi webinar serta menyokong ekonomi tempatan melalui aktiviti jual beli di Bazaar Raya NADI.
Sepanjang program, pelbagai webinar telah dianjurkan melibatkan pelbagai kategori komuniti, termasuk pelajar, usahawan kecil, dan ibu bapa. Topik yang dibincangkan merangkumi pendidikan, kemahiran digital, keusahawanan, dan pembangunan diri. Sesi ini mendapat sambutan baik, dengan peserta menunjukkan minat yang tinggi serta interaksi yang aktif dengan penceramah.
Selain itu, Bazaar NADI menjadi platform bagi peniaga tempatan untuk menjual pelbagai produk termasuk makanan, pakaian, dan barangan kraftangan. Aktiviti jual beli yang meriah ini bukan sahaja menggalakkan perniagaan komuniti tetapi juga mencipta suasana yang lebih mesra dan mengeratkan hubungan antara penduduk setempat.
Secara keseluruhannya, program Bazaar & Belajar @ NADI telah berjaya mencapai objektifnya dalam menyatukan aspek pembelajaran dan keusahawanan dalam satu platform. Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang untuk memberi lebih banyak manfaat kepada komuniti.
Bazaar Raya NADI










NADI X KESEJAHTERAAN KENDIRI: FLOURISHER (KANSER PANGKAL RAHIM)



NADI X MAHIR-FOTO (TIPS & TRICKS: SUNTINGAN HILANGKAN JERAWAT MENGGUNAKAN SNAPSEED)



NADI X KEUSAHAWANAN – PRENEUR & EMPOWHER (PENGENALAN KEPADA BUSINESS MODEL CANVAS DAN TAWARAN NILAI)



NADI X ESUKAN – KESEDARAN MENGENAI ESUKAN: FAKTA, MITOS DAN MASA DEPAN






NADI X CYBERSECURITY – PERBEZAAN CYBER SAFETY DAN CYBERSECURITY


NADI X DILEA – KENALICPROGRAM BIMBINGAN AKADEMIK



NADI X KIDVENTURE – USAHAWAN MUDA


NADI X KESEJAHTERAAN KENDIRI- MENWELL: KESIHATAN KELENJAR PROSTATE, KHAS BUAT LELAKI
