Program Tiny Techies bertajuk Animasi dalam Python Siri 3 telah dilaksanakan pada 6 Jun 2026 jam 4.00 – 5.00 petang dengan pusat pelaksanaan bertempat di NADI Kampung Tuie dengan penyertaan pelajar sekolah menengah.
Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta mengenai asas pengaturcaraan Python serta penggunaannya dalam menghasilkan animasi digital yang mudah dan kreatif. Peserta diperkenalkan kepada konsep asas coding seperti arahan, urutan kod dan logik asas dalam pembangunan animasi. Selain itu, peserta turut didedahkan kepada cara menghasilkan pergerakan objek serta memahami bagaimana kod digunakan untuk mengawal visual dalam animasi.
Penganjuran program ini diharap dapat meningkatkan minat pelajar terhadap bidang pengaturcaraan dan teknologi digital serta menggalakkan pembelajaran berasaskan STEM.


Untuk maklumat lanjut atau pendaftaran, hubungi kami di: https://wa.me/601162921678
Sebarang maklumat terkini program di NADI boleh rujuk kepada Media sosial NADI dan Portal NADI kami :
Facebook : https://www.facebook.com/nadikampungtuie
Titktok : https://www.tiktok.com/@nadi.tuie
Instagram : https://www.instagram.com/nadituie/
Portal : https://kgtuie.nadi.my/