NADI Kampung Tuie

Program DILEA – Webinar Berkala Bahasa Inggeris Edisi 9 bertajuk Strategi Skor A Dalam Peperiksaan telah dilaksanakan pada 16 Mei 2026 jam 2.30 p.m hingga 4.30 p.m secara dalam talian dengan pusat pelaksanaan bertempat di NADI Kampung Tuie. Penyertaan khusus untuk pelajar tingkatan 4 dan 5. Webinar ini bertujuan membantu pelajar meningkatkan prestasi akademik melalui pendedahan kepada teknik dan strategi pembelajaran yang lebih efektif dalam menghadapi peperiksaan Bahasa Inggeris.

Antara pengisian yang diketengahkan termasuk teknik memahami kehendak soalan, pengurusan masa semasa peperiksaan, kaedah mengenal pasti kata kunci penting serta strategi menjawab soalan dengan lebih tepat dan tersusun. Peserta turut didedahkan kepada teknik meningkatkan markah dalam komponen seperti tatabahasa, pemahaman, penulisan serta penggunaan kosa kata yang sesuai. Selain itu, sesi ini turut memberi penekanan kepada kepentingan amalan ulang kaji secara konsisten, latihan berterusan dan pengurusan tekanan bagi memastikan pelajar lebih bersedia menghadapi peperiksaan.

Penganjuran webinar ini diharap dapat membantu pelajar meningkatkan pencapaian akademik serta memberi panduan yang lebih jelas dalam usaha mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan.

Untuk maklumat lanjut atau pendaftaran, hubungi kami di: https://wa.me/601162921678
Sebarang maklumat terkini program di NADI boleh rujuk kepada Media sosial NADI dan Portal NADI kami :
Facebook : https://www.facebook.com/nadikampungtuie
Titktok : https://www.tiktok.com/@nadi.tuie
Instagram : https://www.instagram.com/nadituie/
Portal : https://kgtuie.nadi.my/