Program Mahir Intake 3 telah meneruskan pelaksanaan Minggu 16 dengan sesi pembelajaran mengikut kursus yang ditawarkan. Namun bagi minggu ini, penyertaan hanya melibatkan dua kursus iaitu Mahir Masak dan Mahir Pertanian Pintar.
1. Pertanian Pintar – Topik : Pengurusan Ladang dan Sistem Sokongan
- Penganjur memberi pendedahan mengenai pengurusan operasi ladang secara sistematik,.
- Peserta didedahkan kepada penggunaan teknologi sokongan serta kepentingan perancangan dalam memastikan hasil pertanian yang berkualiti.
- Peserta juga disarankan melakukan pemantauan berkala dimana ianya merupakan aspek penting dalam memastikan tanaman berada dalam keadaan optimum sepanjang proses penanaman.
2. Masak – Topik : Makanan Barat
- Peserta telah mengikuti latihan penyediaan makanan barat yang menekankan teknik asas memasak seperti memanggang, menggoreng dan merebus.
- Peserta turut didedahkan kepada penyediaan bahan, penggunaan peralatan dapur dengan betul serta teknik penyediaan hidangan yang menarik dan berkualiti.
Pelaksanaan sesi pada minggu ini diharap dapat meningkatkan kemahiran praktikal serta kefahaman peserta dalam bidang masing-masing, selaras dengan objektif program mahir dalam memperkasakan kemahiran komuniti.




Untuk maklumat lanjut atau pendaftaran, hubungi kami di: https://wa.me/601162921678
Sebarang maklumat terkini program di NADI boleh rujuk kepada Media sosial NADI dan Portal NADI kami :
Facebook : https://www.facebook.com/nadikampungtuie
Titktok : https://www.tiktok.com/@nadi.tuie
Instagram : https://www.instagram.com/nadituie/
Portal : https://kgtuie.nadi.my/