NADI Kampung Tuie

Kesedaran – Taklimat Pengasuhan Digital telah dilaksanakan pada 4 Mac 2026 jam 3.00 petang secara online, dengan pusat pelaksanaan bertempat di NADI Kampung Tuie.

Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada ibu bapa dan penjaga mengenai kepentingan pengasuhan digital dalam era teknologi masa kini. Sepanjang taklimat, peserta didedahkan kepada cara memantau penggunaan peranti dalam kalangan anak-anak, kepentingan keselamatan dalam talian, serta pendekatan yang sesuai dalam membimbing anak menggunakan teknologi secara berhemah dan selamat.

Pelaksanaan program ini diharap dapat membantu ibu bapa dan penjaga memainkan peranan yang lebih efektif dalam membentuk penggunaan teknologi yang sihat dalam kalangan anak-anak, sejajar dengan usaha NADI Kampung Tuie dalam memperkukuh kesejahteraan komuniti digital.

Untuk maklumat lanjut atau pendaftaran, hubungi kami di: https://wa.me/601162921678
Sebarang maklumat terkini program di NADI boleh rujuk kepada Media sosial NADI dan Portal NADI kami :
Facebook : https://www.facebook.com/nadikampungtuie
Titktok : https://www.tiktok.com/@nadi.tuie
Instagram : https://www.instagram.com/nadituie/
Portal : https://kgtuie.nadi.my/