NADI Kampung Tuie

Program Kidventure – Video Pembelajaran telah dilaksanakan pada 1 Mac 2026 jam 3.00 petang secara online, dengan pusat pelaksanaan bertempat di NADI Kampung Tuie.

Program ini bertujuan memberi pendedahan asas kepada peserta mengenai konsep penting dalam keusahawanan melalui video pembelajaran yang ringkas dan mudah difahami. Antara topik yang diketengahkan ialah perbezaan antara produk dan servis, ciri-ciri serta manfaat produk, kepentingan tempat (place), dan penentuan harga (price) dalam perniagaan.

Pelaksanaan program ini diharap dapat membantu peserta memahami asas perniagaan dengan lebih jelas serta memupuk minat dalam bidang keusahawanan sejak usia muda, sejajar dengan usaha NADI Kampung Tuie dalam membentuk generasi yang celik perniagaan dan berdaya saing.

Untuk maklumat lanjut atau pendaftaran, hubungi kami di: https://wa.me/601162921678
Sebarang maklumat terkini program di NADI boleh rujuk kepada Media sosial NADI dan Portal NADI kami :
Facebook : https://www.facebook.com/nadikampungtuie
Titktok : https://www.tiktok.com/@nadi.tuie
Instagram : https://www.instagram.com/nadituie/
Portal : https://kgtuie.nadi.my/