Program E-Sukan – Webinar World Building telah dilaksanakan pada 28 Februari 2026 jam 3.00 petang secara online, dengan pusat pelaksanaan bertempat di NADI Kampung Tuie.
Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta mengenai konsep world building dalam pembangunan permainan digital dan e-sukan. Sepanjang sesi webinar, peserta diperkenalkan kepada asas pembinaan dunia permainan, termasuk elemen persekitaran, jalan cerita, serta kreativiti dalam mereka bentuk dunia maya yang menarik dan interaktif.
Pelaksanaan program ini diharap dapat meningkatkan minat serta kreativiti peserta dalam bidang pembangunan permainan digital dan e-sukan, sejajar dengan usaha NADI Kampung Tuie dalam menggalakkan penerokaan kemahiran teknologi dan industri kreatif dalam kalangan komuniti.


Untuk maklumat lanjut atau pendaftaran, hubungi kami di: https://wa.me/601162921678
Sebarang maklumat terkini program di NADI boleh rujuk kepada Media sosial NADI dan Portal NADI kami :
Facebook : https://www.facebook.com/nadikampungtuie
Titktok : https://www.tiktok.com/@nadi.tuie
Instagram : https://www.instagram.com/nadituie/
Portal : https://kgtuie.nadi.my/