Perjalanan Program Minggu 7:
- Pertanian Pintar – Topik: Pemasangan Smart Watering Device
- Sesi ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai pemasangan Smart Watering Device sebagai salah satu teknologi dalam pertanian pintar.
- Peserta didedahkan kepada fungsi alat penyiraman automatik serta kepentingannya dalam membantu menjimatkan masa, tenaga dan penggunaan air dalam pengurusan tanaman.
- Masak – Topik: Pembuatan Pizza
- Sesi masakan memberi fokus kepada penyediaan pizza, termasuk teknik penyediaan doh, pemilihan bahan topping serta kaedah membakar pizza dengan betul.
- Peserta turut didedahkan kepada cara penyediaan menu yang sesuai dijadikan hidangan keluarga atau berpotensi untuk dijadikan produk jualan.
- Fotografi – Topik: Basic Fotografi Lighting (Outdoor Natural Light)
- Sesi fotografi memberi fokus kepada asas pencahayaan dalam fotografi menggunakan cahaya semula jadi di luar.
- Peserta diperkenalkan kepada beberapa teknik pencahayaan seperti Side Light, Back Light, Silhouetting dan Front Light, yang membantu menghasilkan gambar yang lebih menarik dan kreatif menggunakan kamera telefon pintar atau kamera digital.
Kesimpulan:
Pelaksanaan Minggu 7 bagi program MAHIR Intake 3 berjalan dengan lancar dan mendapat penyertaan aktif daripada peserta. Program ini diharap dapat terus meningkatkan kemahiran praktikal serta minat peserta dalam bidang kemahiran masing-masing, sejajar dengan usaha NADI Kampung Tuie dalam memperkasakan komuniti melalui pembelajaran kemahiran dan teknologi.






Untuk maklumat lanjut atau pendaftaran, hubungi kami di: https://wa.me/601162921678
Sebarang maklumat terkini program di NADI boleh rujuk kepada Media sosial NADI dan Portal NADI kami :
Facebook : https://www.facebook.com/nadikampungtuie
Titktok : https://www.tiktok.com/@nadi.tuie
Instagram : https://www.instagram.com/nadituie/
Portal : https://kgtuie.nadi.my/