NADI Kampung Tuie

Micro:bit & Robotik (Sekolah Rendah)

Program Tiny Techies – Kelas Ulangkaji Siri 2 Micro:bit & Robotik (Sekolah Rendah) telah dilaksanakan pada Sabtu, 7 Februari 2026 jam 2.00 petang secara online, dengan pusat pelaksanaan bertempat di NADI Kampung Tuie.

Program ini bertujuan membantu murid sekolah rendah membuat ulangkaji serta pengukuhan asas pengaturcaraan dan robotik melalui penggunaan Micro:bit. Sepanjang sesi, peserta didedahkan kepada fungsi asas Micro:bit, konsep asas pengaturcaraan, serta aktiviti robotik yang sesuai dengan tahap pembelajaran murid.

Pelaksanaan program ini diharap dapat meningkatkan kefahaman, minat, dan keyakinan murid terhadap bidang teknologi dan STEM, sejajar dengan usaha NADI Kampung Tuie dalam membudayakan pembelajaran teknologi sejak usia awal.

Untuk maklumat lanjut atau pendaftaran, hubungi kami di: https://wa.me/601162921678
Sebarang maklumat terkini program di NADI boleh rujuk kepada Media sosial NADI dan Portal NADI kami :
Facebook : https://www.facebook.com/nadikampungtuie
Titktok : https://www.tiktok.com/@nadi.tuie
Instagram : https://www.instagram.com/nadituie/
Portal : https://kgtuie.nadi.my/