Program EKelas Usahawan – Webinar Pemasaran Digital telah dilaksanakan pada Khamis, 5 Februari 2026 jam 10.00 pagi secara online, dengan pusat pelaksanaan bertempat di NADI Kampung Tuie.
Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta mengenai asas pemasaran digital serta strategi pemasaran yang berkesan dalam era digital. Sepanjang webinar, peserta didedahkan kepada konsep pemasaran dalam talian, penggunaan platform digital, serta kepentingan kandungan pemasaran yang menarik bagi meningkatkan capaian dan keberkesanan promosi perniagaan.
Pelaksanaan program ini diharap dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta dalam bidang pemasaran digital, seterusnya membantu usahawan komuniti merancang dan melaksanakan strategi pemasaran yang lebih tersusun dan berdaya saing.


Untuk maklumat lanjut atau pendaftaran, hubungi kami di: https://wa.me/601162921678
Sebarang maklumat terkini program di NADI boleh rujuk kepada Media sosial NADI dan Portal NADI kami :
Facebook : https://www.facebook.com/nadikampungtuie
Titktok : https://www.tiktok.com/@nadi.tuie
Instagram : https://www.instagram.com/nadituie/
Portal : https://kgtuie.nadi.my/