NADI Kampung Tuie

Program Cybersecurity – Webinar Cara Menangani Ancaman Siber telah dilaksanakan pada Khamis, 29 Januari 2026 bermula jam 3.00 petang secara online, dengan pusat pelaksanaan bertempat di NADI Kampung Tuie.

Webinar ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta mengenai langkah-langkah praktikal dalam menangani ancaman siber yang sering berlaku dalam dunia digital. Antara topik yang dibincangkan termasuk cara mengenal pasti ancaman siber, tindakan segera apabila berdepan insiden keselamatan, serta amalan perlindungan diri dan data peribadi ketika menggunakan peranti dan internet.

Penganjuran webinar ini diharap dapat meningkatkan tahap kesedaran dan kesiapsiagaan peserta dalam menghadapi risiko siber, seterusnya membentuk pengguna digital yang lebih peka, berwaspada dan bertanggungjawab.

Untuk maklumat lanjut atau pendaftaran, hubungi kami di: https://wa.me/601162921678
Sebarang maklumat terkini program di NADI boleh rujuk kepada Media sosial NADI dan Portal NADI kami :
Facebook : https://www.facebook.com/nadikampungtuie
Titktok : https://www.tiktok.com/@nadi.tuie
Instagram : https://www.instagram.com/nadituie/
Portal : https://kgtuie.nadi.my/