NADI Kampung Tuie

Webinar eKelas Usahawan – Modul 1 bertajuk “Strategi Pemasaran Digital” telah dilaksanakan pada Selasa, 20 Januari 2026 dari jam 9.00 pagi hingga 10.00 pagi secara online, dengan pusat pelaksanaan bertempat di NADI Kampung Tuie.

Webinar ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai asas pemasaran digital serta strategi yang berkesan untuk mengembangkan capaian perniagaan melalui platform dalam talian. Kandungan modul merangkumi penggunaan media sosial, penetapan sasaran pelanggan, penghasilan kandungan pemasaran dan kepentingan membina jenama di ruang digital.

Penganjuran sesi ini diharap dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran asas pemasaran digital dalam kalangan peserta, sekali gus menyokong perkembangan keusahawanan komuniti setempat.

Untuk maklumat lanjut atau pendaftaran, hubungi kami di: https://wa.me/601162921678
Sebarang maklumat terkini program di NADI boleh rujuk kepada Media sosial NADI dan Portal NADI kami :
Facebook : https://www.facebook.com/nadikampungtuie
Titktok : https://www.tiktok.com/@nadi.tuie
Instagram : https://www.instagram.com/nadituie/
Portal : https://kgtuie.nadi.my/