NADI Kampung Tuie

Program NADIpreneur: Live Webinar Perancangan Perniagaan telah dilaksanakan pada Khamis, 15 Januari 2026 pada jam 10.00 pagi, secara online, dengan pusat pelaksanaan bertempat di NADI Kampung Tuie.

Webinar ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta berkaitan langkah-langkah asas dalam merancang perniagaan, termasuk penentuan model perniagaan, analisis pasaran, penjenamaan, keperluan modal, pengurusan operasi dan perancangan strategi penjualan. Pendekatan penyampaian secara langsung membolehkan peserta berinteraksi, bertanya soalan serta mendapatkan penjelasan terus daripada penceramah.

Penganjuran webinar ini diharap dapat meningkatkan kefahaman peserta mengenai proses awal sebelum memulakan perniagaan, sekaligus menyokong pembangunan usahawan mikro dalam komuniti dan menggalakkan lebih ramai peserta khususnya wanita meneroka peluang dalam bidang keusahawanan.

Untuk maklumat lanjut atau pendaftaran, hubungi kami di: https://wa.me/601162921678
Sebarang maklumat terkini program di NADI boleh rujuk kepada Media sosial NADI dan Portal NADI kami :
Facebook : https://www.facebook.com/nadikampungtuie
Titktok : https://www.tiktok.com/@nadi.tuie
Instagram : https://www.instagram.com/nadituie/
Portal : https://kgtuie.nadi.my/