Program KIDSVENTURE Webinar: Business Idea & Mini Business Plan (Siri 1) telah dilaksanakan pada Sabtu, 10 Januari 2026 dari jam 10.00 pagi hingga 11.30 pagi, bertempat di NADI Kampung Tuie.
Program ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar sekolah mengenai asas bidang keusahawanan melalui pendekatan yang mudah difahami dan interaktif. Antara pengisian webinar termasuk pengenalan kepada konsep idea perniagaan, cara mengenal pasti peluang pasaran serta langkah-langkah ringkas membina mini business plan.
Pelaksanaan program ini bukan sahaja membantu meningkatkan kreativiti dan pemikiran kritikal peserta, malah menggalakkan keberanian untuk berfikir di luar kotak serta membina keyakinan diri dalam mempersembahkan idea. Program ini turut menyokong pembangunan minat terhadap keusahawanan sejak usia muda selaras dengan aspirasi memupuk generasi belia yang berdaya saing dan berinovasi.



Untuk maklumat lanjut atau pendaftaran, hubungi kami di: https://wa.me/601162921678
Sebarang maklumat terkini program di NADI boleh rujuk kepada Media sosial NADI dan Portal NADI kami :
Facebook : https://www.facebook.com/nadikampungtuie
Titktok : https://www.tiktok.com/@nadi.tuie
Instagram : https://www.instagram.com/nadituie/
Portal : https://kgtuie.nadi.my/