PROGRAM CUTI SEKOLAH 2025: KEMPEN INTERNET SELAMAT – JOM MEWARNA TINDAKAN BIJAK
Sempena Program Cuti Sekolah 2025, aktiviti Kempen Internet Selamat: Jom Mewarna Tindakan Bijak telah dilaksanakan pada Rabu, 24 Disember 2025, dari jam 3.00 petang hingga 4.00 petang, bertempat di NADI Kampung Tuie.
Aktiviti ini menggunakan pendekatan kreatif dan santai melalui aktiviti mewarna bagi menerapkan mesej penggunaan internet secara selamat dan bertanggungjawab dalam kalangan kanak-kanak. Peserta didedahkan kepada konsep asas keselamatan internet, termasuk amalan melindungi maklumat peribadi serta tingkah laku bijak ketika berada di alam siber.
Pelaksanaan aktiviti ini diharap dapat meningkatkan kesedaran awal terhadap keselamatan internet serta membentuk tabiat penggunaan teknologi yang positif sejak usia muda, selaras dengan usaha memperkasa literasi digital dan keselamatan siber dalam komuniti setempat.





Untuk maklumat lanjut atau pendaftaran, hubungi kami di: https://wa.me/601162921678
Sebarang maklumat terkini program di NADI boleh rujuk kepada Media sosial NADI dan Portal NADI kami :
Facebook : https://www.facebook.com/nadikampungtuie
Titktok : https://www.tiktok.com/@nadi.tuie
Instagram : https://www.instagram.com/nadituie/
Portal : https://kgtuie.nadi.my/