NADI Kampung Tuie

PROGRAM CUTI SEKOLAH 2025: KEMPEN INTERNET SELAMAT – KIS WAR

Sempena Program Cuti Sekolah 2025, aktiviti Kempen Internet Selamat: KIS WAR telah dilaksanakan pada Selasa, 23 Disember 2025, dari jam 3.00 petang hingga 4.00 petang, bertempat di NADI Kampung Tuie.

Kempen ini bertujuan meningkatkan kesedaran peserta terhadap kepentingan penggunaan internet secara selamat, beretika dan bertanggungjawab melalui pendekatan interaktif dan berunsur permainan. Aktiviti yang dijalankan membantu peserta memahami risiko dunia siber, kepentingan melindungi maklumat peribadi serta amalan bijak dalam penggunaan teknologi digital.

Pelaksanaan kempen ini diharap dapat membentuk pengguna internet yang lebih peka dan berwaspada, khususnya dalam kalangan kanak-kanak dan remaja, selari dengan usaha memperkasa literasi digital serta keselamatan siber dalam komuniti setempat.

Untuk maklumat lanjut atau pendaftaran, hubungi kami di: https://wa.me/601162921678
Sebarang maklumat terkini program di NADI boleh rujuk kepada Media sosial NADI dan Portal NADI kami :
Facebook : https://www.facebook.com/nadikampungtuie
Titktok : https://www.tiktok.com/@nadi.tuie
Instagram : https://www.instagram.com/nadituie/
Portal : https://kgtuie.nadi.my/