NADI Kampung Tuie

PROGRAM CUTI SEKOLAH 2025: KEMPEN INTERNET SELAMAT – KIS & KITA

Sempena Program Cuti Sekolah 2025, Kempen Internet Selamat: KIS & KITA telah dilaksanakan pada Isnin, 22 Disember 2025, dari jam 3.00 petang hingga 4.00 petang, bertempat di NADI Kampung Tuie.

Kempen ini bertujuan meningkatkan kesedaran dalam kalangan peserta mengenai kepentingan penggunaan internet secara selamat, beretika dan bertanggungjawab. Antara pengisian kempen termasuk pendedahan berkaitan risiko dalam talian, keselamatan maklumat peribadi serta amalan bijak ketika menggunakan media sosial dan platform digital.

Pelaksanaan kempen ini diharap dapat membentuk pengguna internet yang lebih berwaspada dan berpengetahuan, khususnya dalam kalangan kanak-kanak dan remaja, selaras dengan usaha memperkasa literasi digital dan keselamatan siber dalam komuniti setempat.

Untuk maklumat lanjut atau pendaftaran, hubungi kami di: https://wa.me/601162921678
Sebarang maklumat terkini program di NADI boleh rujuk kepada Media sosial NADI dan Portal NADI kami :
Facebook : https://www.facebook.com/nadikampungtuie
Titktok : https://www.tiktok.com/@nadi.tuie
Instagram : https://www.instagram.com/nadituie/
Portal : https://kgtuie.nadi.my/