PERKHIDMATAN PINTAR PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT – eSUKAN
MATCH 7–9 (PENAMATAN PERINGKAT KUMPULAN)
15 NOVEMBER 2025 (SABTU)**
Peringkat terakhir saringan kumpulan Mobile Legends Season 3 menyaksikan pasukan Zyfox dari NADI Kampung Tuie mengekalkan rekod cemerlang apabila berjaya memenangi match 7 hingga 9, sekali gus menamatkan pusingan kumpulan dengan kemenangan penuh. Pasukan yang dianggotai oleh enam orang pemain ini terus memperlihatkan permainan konsisten, tersusun dan berstrategi tinggi sepanjang ketiga-tiga perlawanan.
Selepas tamat perlawanan, para pemain turut mengikuti kelas kesedaran eSukan yang diwajibkan di bawah program Pembelajaran Sepanjang Hayat. Untuk minggu ini, sesi pembelajaran memberi fokus kepada topik “Hak Cipta Intelek dalam eSukan”, merangkumi pemahaman asas mengenai perlindungan kandungan digital, hak pemain, penggunaan aset permainan, serta kepentingan etika dalam industri eSukan moden.
Kombinasi prestasi kompetitif dan pendedahan ilmu ini memperkukuh usaha NADI Kampung Tuie dalam membentuk pemain eSukan yang bukan sahaja mahir di arena pertandingan, tetapi juga celik undang-undang dan berpengetahuan dalam aspek profesional industri digital.



