NADI Kampung Tuie

Pada minggu ke-15, peserta Kelas Mahir Intake 2 meneruskan sesi pembelajaran dalam lima bidang kemahiran dengan pelbagai topik menarik dan praktikal.

Bagi Mahir Masak, peserta mempelajari pembuatan Popia Big Mac yang menekankan teknik penyediaan bahan, gulungan dan persembahan hidangan. Mahir Foto pula memberi tumpuan kepada pasca penerbitan (post-production) yang merangkumi format penyuntingan video (dalam talian dan luar talian) serta langkah-langkah dalam proses penyuntingan akhir. Sementara itu, Mahir Pertanian Pintar meneruskan topik berkaitan teknologi lepas tuai dan pembungkusan hasil tanaman.

Mahir Jahit pada minggu ini memberi fokus kepada mendraf pola kurung moden, manakala Mahir Baiki Gajet mempelajari tentang sistem operasi dan perisian Windows (Operating System & Software).

Kelas dijalankan secara dalam talian di NADI Kampung Tuie dan berjalan dengan lancar. Peserta memberi kerjasama baik serta menunjukkan peningkatan kefahaman dalam setiap bidang kemahiran.