NADI Kampung Tuie

WEBINAR BULANAN NADI E-SUKAN

Program Webinar NADI e-Sukan 2025 dengan topik “Visual Storytelling – From Idea to Pitch” telah dijalankan secara dalam talian pada 25 Oktober 2025 di NADI Kampung Tuie, dan disertai oleh seorang peserta.

Sesi ini disampaikan oleh Encik Faizal Hakimmy, seorang penceramah berpengalaman dalam bidang kreatif, animasi dan penulisan skrip. Beliau berkongsi ilmu tentang proses membangunkan idea menjadi naratif visual yang menarik, termasuk cara menghasilkan jalan cerita, membina watak, dan menyediakan bahan pembentangan (pitch) yang meyakinkan untuk projek kreatif.

Webinar ini memberi inspirasi kepada peserta untuk mengaplikasikan kemahiran penceritaan visual dalam bidang e-sukan dan industri kreatif digital, serta meningkatkan kefahaman tentang kepentingan komunikasi visual yang berkesan dalam penyampaian idea.