LIVE DEMO CARD CLONNING AND TRACKER GADGET
Program NADI Cybersecurity dengan topik “Ancaman Siber di Tempat Awam (Live Demo – Card Cloning & Tracker Gadget)” telah dijalankan secara dalam talian pada 24 Oktober 2025 di NADI Kampung Tuie dan disertai oleh seorang peserta.
Webinar ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai pelbagai ancaman keselamatan digital yang boleh berlaku di tempat awam, termasuk kaedah penipuan seperti pengklonan kad (card cloning) dan penggunaan peranti pengesan (tracker gadget) oleh individu tidak bertanggungjawab.
Melalui demonstrasi secara langsung, peserta dapat memahami cara penjenayah siber melaksanakan serangan serta langkah pencegahan yang boleh diambil bagi melindungi maklumat peribadi dan kewangan. Program ini berjaya meningkatkan kesedaran tentang kepentingan berhati-hati ketika menggunakan peranti digital di tempat awam.



