Tarikh: 10 Oktober 2025 (Jumaat)
Masa: 3.00 petang – 4.30 petang
Tempat: NADI Kampung Tuie
Kaedah: Secara dalam talian (online)
Program Webinar Ancaman Siber di Tempat Awam (Slot 1) telah diadakan pada 10 Oktober 2025 melalui platform LMS Cybersecurity. Seorang peserta telah mengikuti sesi ini di NADI Kampung Tuie secara dalam talian.
Webinar ini memberi pendedahan kepada peserta tentang pelbagai bentuk ancaman siber yang boleh berlaku di tempat awam seperti pencurian data melalui sambungan Wi-Fi, penggunaan alat pengintip digital, serta demonstrasi langsung (Live Demo) mengenai “Card Cloning & Tracker Gadget”.
Melalui sesi ini, peserta didedahkan kepada cara mengenal pasti serta langkah pencegahan bagi melindungi maklumat peribadi dan kewangan ketika berada di tempat awam. Program ini membantu meningkatkan tahap kesedaran keselamatan digital dalam kalangan komuniti setempat.


