NADI Kampung Tuie

Program Webinar Sim Swap: Ancaman Siber kepada Usahawan (Slot 2) telah diadakan pada 25 September 2025 (Khamis) bertempat di NADI Kampung Tuie secara atas talian melalui platform Zoom.

Webinar ini memberi fokus kepada:

  • Live Demo (Ulangan): Bagaimana insiden Sim Swap berlaku.
  • Tip Pencegahan: Cara mengelakkan nombor dan akaun menjadi mangsa.
  • Bonus Eksklusif: Kesan Sim Swap terhadap media sosial, telefon bimbit, serta hubungan kekeluargaan.
  • Tindakan Segera: Langkah yang perlu diambil jika menjadi mangsa Sim Swap.

Program ini disasarkan kepada SMEs, peniaga media sosial, usahawan home-based, dropship dan agen. Peserta dari NADI Kampung Tuie telah mengikuti sesi ini bagi meningkatkan kesedaran tentang keselamatan siber khususnya ancaman berkaitan Sim Swap.