NADI Kampung Tuie

Pada 7 September 2025 (Ahad), telah berlangsung Program Merdeka & Hari Kebangsaan @ NADI bertempat di NADI Kampung Tuie dari jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang. Program ini diadakan bersempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia bagi memupuk semangat patriotisme serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan komuniti setempat.

Pelbagai aktiviti menarik telah dianjurkan antaranya saringan kesihatan, pertandingan mewarna kanak-kanak, kelas kesedaran e-sukan, serta pertandingan mahir masak (Bento Merdeka) yang mendapat sambutan meriah daripada para peserta. Kehadiran masyarakat daripada pelbagai lapisan umur turut memeriahkan lagi suasana sambutan kali ini.

Secara keseluruhannya, program ini berjaya mencapai objektifnya iaitu meningkatkan semangat cintakan negara, menggalakkan gaya hidup sihat, serta mencungkil kreativiti peserta melalui aktiviti yang dijalankan.