Pada 17 Januari 2025, seorang warga emas telah hadir ke NADI Kampung Tuie bagi membuat semakan kelayakan dan permohonan untuk Senior Citizen Health Benefit (SCHB). Semakan awal mendapati beliau memenuhi syarat asas permohonan seperti umur dan status kewarganegaraan.
Petugas NADI telah membantu pemohon dalam proses pengisian borang serta menyemak dokumen sokongan seperti salinan kad pengenalan dan dokumen kesihatan yang berkaitan. Permohonan telah diterima dan dihantar kepada pihak berwajib untuk tindakan selanjutnya.
