PROGRAM DILEA TUISYEN RAKYAT: WEBINAR HALA TUJU SELEPAS SPM
Sempena Program Cuti Sekolah 2025, Dilea Tuisyen Rakyat telah menganjurkan Webinar Hala Tuju Selepas SPM pada Sabtu, 27 Disember 2025, bertempat di NADI Kampung Tuie.
Webinar ini bertujuan memberi panduan dan pendedahan kepada pelajar mengenai pilihan hala tuju pendidikan dan kerjaya selepas menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Antara pengisian program adalah perkongsian maklumat berkaitan institusi pengajian tinggi, kursus dan bidang kerjaya yang sesuai mengikut minat serta tips membuat keputusan bijak dalam merancang masa depan.
Program ini diharap dapat membantu pelajar merancang langkah seterusnya dengan lebih jelas dan berkeyakinan, serta menyokong pembangunan aspirasi pendidikan dan kerjaya dalam kalangan belia komuniti setempat.


Untuk maklumat lanjut atau pendaftaran, hubungi kami di: https://wa.me/601162921678
Sebarang maklumat terkini program di NADI boleh rujuk kepada Media sosial NADI dan Portal NADI kami :
Facebook : https://www.facebook.com/nadikampungtuie
Titktok : https://www.tiktok.com/@nadi.tuie
Instagram : https://www.instagram.com/nadituie/
Portal : https://kgtuie.nadi.my/